Selasa, 8 Februari 2011

LUAR DALAM MADRASAH

Assalamu'alaikum dan salam hormat buat semua pengunjung yang dihormati. Sudah sekian lama, begitu ramai yang meminta untuk melihat keadaan luaran dan dalaman Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid.


Dimana sahaja Al Fadhil Ustaz Haji Abdul Rasyid berada, sudah pasti ramai yang bertanya dan kepingin sekali untuk melihat dan meninjau. Namun, hasrat murni umat Islam tidak kesampaian. Lantas kesuntukan masa dan pelbagai perkara yang menghalang.


Pihak madrasah tidak pernah menghalang niat murni itu. Namun, sesiapa sahaja yang berkesempatan untuk melakukan ziarah, pihak kami amat mengalu - alukan.


Untuk makluman umat Islam dan pengunjung yang dihormati sekalian. Pihak kami, dari Mudir, staff, hinggalah kepada pelajar amat mementingkan:


1 - Percambahan Budaya Ilmu.
2 - Kebersihan, kekemasan dan susun atur yang menarik.
3 - Akhlak yang mulia.


TIADA KOMPROMI kepada 3 perkara asas diatas.


Mudah bicara. DISIPLIN amat dititikberatkan !


Kawasan makan adalah kawasan makan, bukan kawasan untuk belajar.
Kawasan belajar tidak dibenarkan untuk makan sesuka hati.


Setiap pelajar adalah BERTANGGUNG JAWAB atas KEBERSIHAN bersama.


Maka, sebagai memenuhi permintaan yang datang tanpa henti dari ibu bapa, penjaga hinggalah tokoh - tokoh masyarakat. Maka kami dengan rendah hati membina sebuah blog bagi tujuan tersebut. Dimana, gambar disiarkan dibawah adalah rakaman keadaan sebenar madrasah ini dari segi - BERSIH, KEMAS, TERATUR & CANTIK.


Hayatilah gambar foto dibawah:




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan